Monday, July 11, 2011
Kursus Sistem Maklumat Geografi (GIS) Negeri Sembilan Darul Khusus
Satu Kursus Sistem Geografi (GIS) Negeri Sembilan telah di adakan selama 3 hari iaitu pada 5,6 dan 7hb April 2011, bertempat di Dewan Bahagian Mekanikal & Stor JPS Negeri Sembilan Darul Khusus. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan JPSNS kepentingan dalam pengunaan GIS. JPSNS telah menjemput tenaga pengajar adari Bahagian Pengurusan LEmbangan Sungai Dan Zon Pantai iaitu En. Yusri bin Abd Jalil dan Pn Sarah binti Hj. Ismail.
Kursus Menghadapi Kecemasan Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Kursus Menghadapi Kecemasan Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sembilan Darul Khusus adalah Siri Ke 2 bagi Mengawal Tumpahan Minyak di Sungai, yang telah diadakan pada 7hb Julai 2011 masa 8.30 pagi bertempat di Dewan Latihan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal, JPSNS. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan bagi langkah-langkah pencegahan awal yang perlu dilakukan di sungai apabila mengalami tumpahan minyak. Sasaran kursus ini kepada warga JPSNS yang berisiko menghadapi masalah tumpahan minyak di sungai.
Penerangan daripada Pihak Bomba pakaian dan alatan yang digunakan apabila menhadapi situasi tumpaham minyak di sungai.
Penerangan daripada Pihak Bomba pakaian dan alatan yang digunakan apabila menhadapi situasi tumpaham minyak di sungai.
Cara dan kaedah yang perlu dilakukan apabila mengalami tumpahan minyak. Serta langkah-langkah yang perlu diambil.
Subscribe to:
Posts (Atom)